BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, March 28, 2010

teori ekologi

teori konteks



TEORI KONTEKS

Kumpulan 5:

1. Siti akramah bt Mohamed e20091000363

2. Masitah bt abdul rahim e20091000364

3. Siti nazihah wahida bt mohd suhaimi e20091000403

4. Nur ain bt mohd fadzil e20091000308

5. Haryati bt yaacob e20091000402



1.0 PENGENALAN

teori konteks menyentuh kepada interaksi antara faktor biologi dengan persekitaran yang mempengaruhi tingkah laku dan perkembangan manusia dalam sesuatu konteks, tetapi dalam topik ini, kita akan membincangkan dari aspek psikologi kanak-kanak.antara tokoh yang mengkaji lapangna ini ialah Urie Bronfenbrenner yang merupakan pengasas kepada teori ekologi dan Thelen & Smith pula merupakan pelopor kepada teori sistem dinamik. teori ekologi yang diperkenalkan oleh Urie Bronfenbrenner terbahagi kepada 5 bahagian iaitu mikrosistem, mesosistem, ekosistem, makrosistem, da yang terakhir ialah kronosistem. Manakala teori sistem dinamik pula merupakan penemuan terbaru dalam lapangan kanak-kanak yang telah diperkenalkan oleh Thelen & Smith. Teori ini berpandukan kepada perancangan bagi sesuatu perkembangan.



2.0 TEORI KONTEKS

Teori konteks ini memperlihatkan tentang perkembangan kanak-kanak dalam konteks sistem perhubungan yang menjadi persekitaran seseorang kanak-kanak dalam kehidupan seharian mereka. Kamus dewan edisi ketiga mendefinisikan konteks sebagai keseluruhan keadaan atau latar belakang tertentu yang ada kaitannya di antara satu sama lain atau dapat dihubungkan dengan sesuatu. Setiap lapisan pada persekitaran yang terdapat dalam teori ini memberi kesan ke atas setiap perkembanagn kanak-kanak baik dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Perubahan dalam mana-mana setiap peringkat lapisan konteks tersebut akan mengakibatkan perubahan dalam lapisan yang lain. Teori konteks ini terbahagi kepada dua teori yang berlainan, iaitu :

1) Teori ekologi

2) Teori sistem dinamik



2.1 TEORI EKOLOGI

GAMBAR URIE BRONFENBRENNER


Teori ekologi telah diperkenal oleh Urie Bronfenbrenner. Beliau dilahirkan pada 29/4/1917 dan dilahirkan di Moscow Rusia. Beliau juga merupakan salah seorang pengasas Head Start. Pada tahun 1938, beliau telah menyelesaikan 2 bidang psikologi dan muzik. Selain itu, menyambung pelajaran dalam psikologi perkembangan dan memperoleh gelaran MA di Howard Universiti dan diikuti oleh P.H.D di universiti Of Michigan pada tahun 1942. 24 jam selepas menerima gelaran doktor beliau dilantik sebagai tentera darat amerika syarikat, dimana beliau berkhidmat sebagai ahli psikologi. Kemudian beliau bertugas di kor perubatan angkatan darat amerika syarikat. Pada tahun 1948, beliau menerima jawatan guru besar dalam pembangunan manusia, pembelajaran keluarga dan psikologi di Corner Universiti. Pada saat kematiannya, beliau mendapat gelaran Jacob Gould Schuran oleh Corner Universiti College Of Human Ecology. Teori sistem ekologi merupakan sumbangan utama beliau dalam psikologi, dimana sistem ekologi digambarkan mempunyai empat jenis sistem besar yang dipanggil mikrosistem, mesosistem, eksosistem, dan mikrosistem. Kemudian beliau menambahkan sistem yang kelima yang disebut kronosistem.

Menurut Bronfenbrenner, persekitaran kanak-kanak terdiri daripada satu set sistem sosial sebagai struktur berlapis bermula dengan mereka yang terdekat dengan kehidupan kanak-kanak seperti ibu-bapa serta keluarga dan beransur kepada mereka yang akan terlibat dalam kehidupan kanak-kanak ini secara langsung atau tidak langsung. Menurut Bronfenbrenner, perkembangan terjadi melalui proses interaksi yang regular, aktif, dua aras antara individu dan lingkungan sehari-hari. Interaksi antara kanak-kanak dengan persekitaran dipercayai dapat mempengaruhi proses pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Perkembangan kanak-kanak merupakan hasil daripada interaksi antara alam persekitaran dengan kanak-kanak tersebut. Menurut beliau lagi, persekitaran individu terdiri daripada lima lapisan sistem iaitu:

· Mikrosistem

· Mesosistem

· Eksosistem

· Makrosistem

· Kronosistem


GAMBAR LAPISAN SISTEM EKOLOGI


Mikrosistem

Mikrosistem merujuk kepada persekitaran yang terdekat dengan dunia kanak-kanak tersebut. Ia adalah lapisan dalam yang pertama dan mewakili hubungan serta interaksi kanak-kanak dengan ibubapa. Ia merupakan persekitaran yang terdekat di mana kanak-kanak mempunyai interaksi secara langsung yang menghabiskan paling banyak masa. Ibubapa yang menunjukkan kasih sayang dan penjagaan yang baik akan memberi kesan berbeza jika dibanding dengan ibubapa yang tidak kisah atau garang. Dalam masa yang sama tingkah laku atau respon kanak-kanak juga akan mempengaruhi sikap ibu bapa atau penjaga terhadap kanak-kanak tersebut. Misalnya, kanak-kanak yang berkelakuan baik akan disenangi oleh orang dewasa di sekitarnya dan mereka berkemungkinan akan memberi respon positif terhadap kanak-kanak ini dan sebaliknya. Di samping itu, hubungan antara ibubapa juga memberi kesan kepada pengalaman kanak-kanak. Ibubapa yang sentiasa memberi sokongan sesama sendiri adalah lebih berkesan dalam hal asuhan dan penjagaan kanak-kanak (Berk, Laura E, ms27).


Mesosistem

Mesosistem merupakan lapisan kedua dalam teori sistem ekologi. Ia melibatkan interaksi antara ibubapa dengan pengasuh, ibubapa dengan jiran, ibubapa dengan sekolah serta sekolah dengan jiran dan bagaimana ia mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Contohnya, penglibatan ibubapa dalam aktiviti kanak-kanak di sekolah boleh memberi sokongan yang dapat membantu kemajuan akademik kanak-kanak. Selain itu, keadaan di rumah boleh mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak di sekolah. Individu yang mempunyai masalah di rumah akan membawa masalah tersebut ke sekolah. Contohnya, jika terdapat seorang kanak-kanak yang bersikap murung ketika berada dirumah, maka tidak mustahil kanak-kanak tersebut akan berkeadaan sedemikian di sekolah. Dan ini akan meninggalkan kesan yang negatif kepada kanak-kanak. Jesteru pada lapisan ini penglibatan orang sekeliling yang turut memberi kesan kepada perkembanagan kanak-kanak diharap dapat menunjukkan interaksi yang positif kepada kanak-kanak pada lapisan ini, jika interaksi yang negatif ditunjukkan kepada kanak-kanak makan hal ini akan menyebabkan emosi mereka terganggu dan implikasinya ialah masalah tersebut akan menjejaskan pelajaran mereka.


Ekosistem

Ekosistem merupakan lapisan ketiga. Lapisan ini mewakili organisasi yang tidak melibatkan kanak-kanak tetapi mempunyai pengaruh secara langsung ke atas kanak-kanak tersebut. Misalnya, peraturan-peraturan di tempat kerja ibu bapa seperti cuti atau waktu kerja fleksi. Contohnya ibu bapa membuat keputusan untuk berpindah rumah, tanpa meminta persetujuan daripada kanak-kanak. Apabila hal ini berlaku, maka persekitaran kanak-kanak akan berubah apabila perpindahan berlaku. Hal ini terjadi kerana kanak-kanak tidak dapat membiasakan diri di tempat baru pada peringkat awal. Hal ini menunjukkan bahawa kanak-kanak tidak terlibar dalam keputusan ibu bapa, tetapi keputusan tersebut turut memberi kesan ke atas kanak-kanak tersebut. Ekosistem juga merangkumi saudara mara dan rakan ibu bapa yang dapat membantu keluarga. Ekosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung. Maksudnya di sini pengalaman individu tersebut akan turut mempengaruhi orang lain.


Makrosistem

Makrosistem ialah perubahan keadaan dalam tempoh suatu masa. Misalnya, kanak-kanak hari ini lebih focus kepada permainan-permainan computer jika dibandingkan dengan kanak-kanak dua atau tiga puluh tahun dahulu yang lebih gemar bermain di persekitaran rumah. Makrosistem juga merupakan perkembangan individu dipengaruhi oleh norma-norma, nilai dan amalan masyarakat. Sebagai contoh, di sesetengah Negara, kaum lelaki diberi peranan yang lebih besar di mana mereka diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting. Di Negara-negara barat, kaum wanita mempunyai peluang dan hak yang sama. Ini memberi kesan ke atas perkembangan sosial dan emosi khususnya ke atas peranan mereka dalam masyarakat.


Kronosistem

Persekitaran kita tidak kekal sama, ia berubah mengikut peredaran masa. Sebagai contoh, kehadiran anak baru dalam sebuah keluarga membawa perubahan dan memberi kesan kepada perkembangan kanak-kanak. Contohnya apabila ibu melahirkan anak baru dalam keluarga, maka kanak-kanak tersebut akan berasa tersisih dan memikirkan ibu bapa mereka tidak menyayangi mereka kerana ibu bapa mereka memberi lebih tumpuan dan perhatian kepada ahli baru dalam keluarga tersebut.


2.2 TEORI DINAMIK

GAMBAR THELEN


GAMBAR LINDA B. SMITH


Teori dinamik ialah menceritakan tentang kematangan perkembangan kanak-kanak atau menghimpunkan kemahiran motor (motor kasar dan motor halus) untuk mendapatkan tindak balas kanak-kanak. Teori ini telah diperkenalkan oleh Thelen & Smith. Thelen & Smith juga percaya bahawa perkembangan kanak-kanak bergantung kepada sistem persekitaran. Thelen & smith percaya bahawa dan mengaku setiap perkembangan kanak-kanak mempunyai tahap-tahap yang tertentu, tetapi dalam teori ini mereka tidak menjelaskan tahap-tahap tersebut lebih terperinci Selain itu, mereka juga percaya kepada genetik iaitu baka. Sistem dinamik menegaskan bahawa prinsip-prinsip pembangunan isomorfis daripada peringkat DNA tingkat sehari-hari. Ini bermaksud genetik mempengaruhi perkembangan kanak-kanak tetapi walaupun genetik yang sama tetapi kelakuan kanak-kanak dalam sesebuah keluarga tidak akan sama iaitu dua atom yang sama tetapi struktur yang berbeza. Contohnya ialah, adik-beradik yang berasal daripada ibu bapa yang sama dan sperma dan ovum yang sama tetapi kelakuan mereka berbeza diantara satu sama lain walaupun mereka ditakrifkan sebagai adik-beradik. Tetapi Thelen & Smith lebih percaya bahawa rangsangan lebih mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Mereka berpendapat bahawa jika ada rangsangan maka ada perkembangan kanak-kanak.

Untuk menghasilkan teori ini, Thelen & Smith telah mengambil seorang kanak-kanak dalam umur tiga bulan untuk membuat ujikaji. Mereka telah menyambungkan wayar-wayar komputer pada badan kanak-kanak tersebut dan mereka telah memberikan satu barang kepada kanak-kanak tersebut untuk melihat rangsangan kanak-kanak terhadap barang yang diberikan. Untuk mendapatkan barang tersebut, kanak-kanak terbabit telah menggerakkan kaki dan tangan dan ini menunjukkan kanak-kanak tersebut memberikan rangsangan yang baik.. Akibat daripada pengembangan sistem dinamik sebagai konteks-sensitif, munculnya perkembangan umum prestasi dan pola stabil selforganization (thelen&smith,1994). Perkembangan yang berlaku pada peringkat kanak-kanak ialah proses mencapai tahap-tahap atau pola-pola dan akhirnya akan membentuk organisasi dalam diri seperti pengurusan diri atau personaliti diri berdasarkan pemerhatian daripada ibu bapa.

Dalam pendekatan ini, asas-asas sistem dinamik beroperasi sebagai fasa atau tahap perkembangan dan menduduki pusat perhatian. Pendekatan ini menyarankan agar hubungan antara keterangan sebagai fasa pembinaan dan operasi merupakan kejadian-kejadian yang membentuk kemajuan pembangunan. Contohnya, jika ibu bapa ingin anak mereka yang merangkak untuk bangun, jadi ibu bapa perlu meletakkan barang di tempat yang lebih tinggi. Ini maksudnya pemerhatian budak adalah berpusat pada barang tersebut untuk bangun. Teori ini merupakan penemuan baru dalam perkembangan kanak-kanak yang telah diperkenalkan oleh (thelen&smith1998). Ia berpandukan daripada satu idea yang kompleks dan persekitaran yang biasa dengan berpandukan perancangan bagi sesuatu perkembangan. Teori sistem yang kompleks adalah daripada keadaan asas dan mudah tanpa memerlukan perancangan yang besar bagi pembangunan (thelen&smith 1994,1998).

Pembangunan dipercayai melibatkan organisasi kendiri dimana system berubah sebagai tindak balas ke atas interaksi. Ibu bapa tidak perlu untuk merancang untuk anak-anak mereka berjalan kerana anak-anak itu akan berjalan secara semulajadi. Cuma yang membezakannya adalah sama ada cepat atau lambat. Bayi tersebut juga mempunyai keinginan dan motivasinya yang tersendiri. Contohnya, apabila bayi yang merangkak ingin berdiri dan mereka sememangnya mempunyai motivasi untuk berdiri, mereka pasti akan dapat berdiri. Kanak-kanak akan berjalan apabila sistem sarafnya matang dan mampu mengawal beberapa otot kaki. Apabila otot kaki berkembang dengan cukup kuat dan mampu untuk mengawal berat badan. Kanak-kanak ada keinginan untuk bergerak. Sebagai contoh dalam model sistem dinamik, elemen berbeza yang terlibat semasa proses berjalan kanak-kanak bertindak sebagai kawasan dibawah kawalan. Aspek perkembangan yang paling lambat adalah komponen kadar limitasi yang bertindak balas sebagai pengehad perkembangan kelajuan dalam tingkah laku berjalan kanak-kanak. Semasa aspek ini berkembang, berlakulah satu bentuk baharu. Bagi kebanyakan kanak-kanak, peringkat terakhir yang perlu ditempuh semasa belajar berjalan adalah kekuatan kaki. Selepas tenaga mencukupi, kanak-kanak seterusnya perlu pandai mengimbangkan badan dan pandai mengubah badan dari pelbagai sudut terutama seawal langkah pertama. Seterusnya, apabila sistem motor, otak dan badan sudah dapat berfungsi dengan baik, maka lahirlah satu bentuk pembelajaran baru iaitu kanak-kanak pandai berlari.


3.0 KESIMPULAN

kesimpulan yang dapat disimpulkan disini ialah teori ekologi menegaskan bahawa kepentingan persekitaran dan kesannya kepada perkembangan kanak-kanak. dengan ini memahami teori ini, ia akan dapat membantu kita dalam memahami dan mengambil langkah -langkah pengayaan dan intervensi dalam membantu kanak-kanak tersebut. misalnya ialah, sekiranya kita berdepan dengan kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran dan mereka daripada keluarga yang tiada rangkaian sosial, maka keluarga kanak-kanak boleh dibantu dengan memperkenalkan mereka kepada kumpulan -kumpulan atau keluarga yang mengahdapi masalah yang sama. hal ini bertujuan agar setiap keluarga dapat menagtahui masalah yang dihadapi oleh mereka, apabila mereka diletakkan didalam satu kumpulan yang sama. situasi ini juga dapat membantu keluarga tersebut mencari jalan penyelesaian yang dihadapi dalam keluarga masing-masing. dan berkongsi masalah yang dihadapi. lantas masalah yang dapat ditangani dengan baik. ini akan memberi ruang dan peluang kepada keluarga untuk membantu anak-anak mereka agar perkembangan kanak-kanak tersebut dapat diteruskan dengan sebaiknya. simpualan daripada sistem dinamik pula ialah, kanak-kanak memerlukan objek untuk menghasilkan sesuatu ransangan. tanpa objek, kanak-kanak tersebut tidak akan berjaya menghasilkan ransangan. kanak-kanak juga akan mencapai suatu tahap dimana mereka akan membentuk organisasi sendiri seperti personaliti mereka.


RUJUKAN

Haliza Hamzah, Joy N. Samuel. 2009. Perkembangan Kanak-kanak Untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd

Supiah Nachiappan et. Al. 2007. Psikologo Pendidikan. Kuala Lumpur. Oxford Fajar Sdn. Bhd

Mahmood Nazar Mohamed. 1992. Pengantara Psikologi Satu Pengenalan Kepada Jiwa dan Tingkah Laku Manusia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka

books.google.com.my/books?isbn=9833585361...

www.scribd.com/.../TEORI-EKOLOGI-BRONFENBRENNER

notapismp.blogspot.com/.../teori-ekologi-bronfenbrenner-1977_05.html

www.angelicafaustina.com/search/teori+ekologi – Indonesia

en.wikipedia.org/wiki/Linda_B._Smith

www.isrl.illinois.edu/.../thelensmitamicsystemsapprnandaction.html

www.cogs.indiana.edu/people/homepages/thelen.html